Friday 28 June 2013

terluka yg amat sgt..

semalam..aku semangat buat blog konon2 nk menceritakan memories dalam kami cuba mendapatkan anak..semalam jugak hati aku terluka..hancur dan mungkin smpi today aku masih cuba nk cantumkan blik hati ni..

Adakah aku layak untuk bg zuriat pada suami aku?
Adakah aku akan jadi ibu yg baik utk anak aku?
Apa lg yg aku buat tak memuaskan hati?

Aku mungkin tak senormal wanita lain..aku di lahirkan dgn retroverted uterus or nama lain rahim terbalik..tidak mengganggu kesuburan tp kebanyakkannya akan pregnant lambat. Tp sebagai seorg wanita, aku nak rasa ada baby dalam rahim aku. aku nk rasa perasaan menjadi ibu..perasaan bawak perut 9 bulan. Aku nak pregnant bukan dgn niat nak tutup mulut2 org yg berkata..aku nk anak sbb aku nk tgk hasil kasih syg kami.

Anak angkat? Kalo boleh aku tak nak..aku nak anak aku sendiri..darah daging aku..Aku nak tgk mcm mana cantik dan comel gabungan gen kami..Ya Allah agak sukar aku nk menanggung dugaan ni..Segala nya mungkin dgn pertolongan dan berkatmu Ya Allah. Bantu la hamba Mu ini Ya Allah. Kau lembut kan lah hati2 org2 berkenaan Ya Allah. Aku juga punya perasaan Ya Allah.

Ya Allah, Jika ada kebaikan yg pernah aku lakukan, Kau perkenankan lah permintaan ku ini. Aku janji aku akan jaga amanahMu itu dgn sebaiknye Ya Allah. Berilah aku peluang Ya Allah.Amin...

Thursday 27 June 2013

HTI - P2000

Pada 1st June 2013, my husband and I pergi klinik Hemopati dan Akuapuntur Dr Nik di Shah Alam. Usaha ni tercetus bila tgk Nona, tentang pasangan yg berkahwin tapi tak di kurniakan anak. Salah seorg dalam Nona tu ckp Akuapuntur membantu. So search la kt google pasal Akuapuntur, tp last2 terjumpa website pasal Dr. Nik ni..So discuss dgn suami, apa kata kami try je..So far dah hampir sebulan kami makan ubat ni..4x sehari..pagi,tghhari,ptg dan malam. Harga ubat ni RM 50/week. So kami amek 1 bulan terus..total suami isteri RM 400.Ubat ni manis so aku yg penakut ubat ni xde masalah nk makan..so maknanye ini la bulan pertama kami try utk pregnant dengan makan ubat HTI-P2000 ni.. Semoga Allah makbulkan usaha kami ni..

Antara tips2 menarik yg doktor tu suruh kami amalkan adalah;

1.Sebelum bersama, si isteri kena cuci tempat sensatif wanita dgn segayong air garam batu or segayong air dr 3 helai sirih. kemudian bilas dgn air biasa. Tujuannye supaya tempat sensatif wanita tidak terlalu berasid sebab kalo berasid nanti boleh membunuh sperma.
2. Sebelum bersama pastikan kita dah settlekan segala urusan seperti solat sebab kalau boleh selepas bersama trus tido jgn bangun2 sampai pagi. Ini kerana, Sperma ni terlalu kecil, so dia ambil masa yg lama untuk travel ke ovum. Kalo kite bangun selepas bersama, Ianya akan keluar blik kerana mengikut hukum graviti.
3. Selepas bersama, baring dgn kaki yg di kepit dan silangkan. Ini mengelakkan air mani keluar.
4. Bersama setiap hari , terutama waktu subur  hari ke 13,14,15.

Semuanya kami dah cuba. Semoga usaha kami di rahmati. Kami sgt serius ingin kn anak. RM 400/month bukan jumlah duit yg sikit. Semoga bulan ni kami pregnant. So RM 400 tu boleh buat beli keperluan baby.Sebut pasal keperluan baby, smua benda aku dah search. Will be story later.

http://hti-p2000.blogspot.com

blog pertamaku yg tak berapa nak pertama

Not  really my 1st blog..blog pertama with husband tp lupa password. hehe.. Tujuan tulis blog ni sebab nak keep all the memories dan sepanjang berusaha untuk pregnant. We have married for 1 year and 2 months today.Tp kami masih tidak di kurniakan anak lagi.Moga perit jerih dan usaha kami berbaloi dan kami di kurniakan anak dalam masa terdekat ni..amin Ya Allah.